Sabtu, 26 Disember 2015

PROLOG

Malam semakin larut. Suara jeritan seorang gadis memecahkan kesunyian malam yang tidak pernah sepi di kawasan semak berhampiran perumahan rumah sewa yang tidak berpenghuni itu diselang seli dengan bunyian cengkerik dan katak. Tangisan yang meraung merintih itu semakin perlahan lantaran ada tangan sasa telah menutup mulutnya. Gadis itu berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman kuat pemuda itu tetapi kudratnya yang lemah tidak berjaya. Pemuda yang dirasuki syaitan itu semakin ganas memperlakukan gadis itu dengan sewenangnya. Gadis itu tidak dapat melakukan apa-apa dan hanya menangisi apabila pemuda itu telah mengoyakkan satu persatu baju kurung yang dipakainya. Guruh tiba-tiba berdentum menandakan hujan akan turun pada malam itu. Gadis itu hanya mampu melihat perbuatan pemuda itu terhadapnya dan menangisi akan nasib malang yang menimpa akan dirinya pada malam itu.